BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan Mufti, izinkan saya bertanya ... Sahabat saya ingin bernikah dengan seorang hamba Allah yang berkerja di sektor government ... Namun ibunya tidak merestui kerana sahabat saya itu berkerja swasta... Antara alasan ibunya ialah :

Tidak Sekufu & takut menjadi beban kepada isterinya & tidak terjamin masa depan dan lain lain lagi.. Ibunya hanya ingin pekerja government sahaja yg menikah dengan anaknya kerana masa depan yg terjamin

Soalan saya ,apakah dibolehkan seseorang itu menolak lamaran dengan alasan begitu dan apakah ciri2 sekufu yang dimaksudkan sebenarnya ?

Sahabat saya seorang yang baik dan menjaga solat 5 waktu &di masjid & seorang yang sangat tapi hakikatnya si perempuan gajinya agak lebih besar berbanding si dia.. Jadi adakah memang tidak layak si lelaki untuk bernikah dengan perempuan yg bergaji mewah dari dia?.. Assalamualaikum 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tersebut, menolak lamaran dengan alasan sedemikian tidaklah berdosa. Namun, hadis daripada Abu Hurairah RA boleh dijadikan panduan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا خَطَبَ إِلَيْكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوهُ، إِلاَّ تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأَرْضِ، وَفَسَادٌ عَرِيضٌ

Maksudnya: Apabila seseorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang kepada kamu untuk meminang anak kamu, maka hendaklah kamu menikahkan orang tersebut dengan anak perempuan kamu. Jika kamu tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar. (Riwayat al-Tirmizi)

Sekufu atau istilah lain disebut sebagai persamaan atau kesepadanan yang diukur dari pelbagai aspek. Antara ciri-ciri yang dinilai adalah dari segi agamanya, pekerjaannya atau kesihatannya (tidak berpenyakit, cacat dan sebagainya) yang mungkin hendak menjaga keturunan atau boleh melahirkan zuriat yang sihat serta tidak mewarisi penyakit. 

Alasan ibunya menolak lamaran mungkin disebabkan pekerjaannya. Iaitu perbezaan pendapatan (gaji). Walau bagaimanapun, keterjaminan masa depan tidak boleh diukur sama ada pekerjaan seseorang itu di sektor swasta, kerajaan (goverment) atau bekerja sendiri. Dalam urusan rumah tangga, pengurusan kewangan amat penting untuk kelangsungan hidup. Elakkan daripada sebarang hutang kerana kesannya akan menyakitkan pasangan (penganiayaan). Ia juga bagi mengelakkan istilah siapa menanggung siapa kerana perbezaan pendapatan masing-masing. Namun, yang lebih penting si perempuan yang bakal berkahwin dan pasangannya ada persefahaman dan keserasian untuk mendirikan rumah tangga. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 99

message user image