Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
ASSALAMUALAIKUM.
Tadi di masjid selepas saya ambil wuduk..saya masuk di koridor masjid..di situ terdapat banyak najis yang sudah kering..lalu terkena pada kain pelikat saya yang saya rasa sedikit lembab akibat dari ambil wuduk tadi..selepas itu saya masuk dalam masjid untuk solat..adakah najis yang terkena pada pakaian saya itu tersebar dalam masjid dan bagaimanakah solat saya. Apakah yang perlu saya lakukan sebab saya was was.
Terima kasih
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapat najis sama ada dari segi ain, warna atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila ia jelas kelihatan seperti tahi, air kencing dan selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna.
Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau sangkaan sahaja, maka ia kembali kepada kaedah fiqah menyatakan:
الأصل في الأشياء الطهارة
Maksudnya: Hukum asal segala sesuatu adalah suci.
Ini kerana pada asalnya, hukum setiap sesuatu itu adalah suci sehingga terbukti adanya najis dengan kehadiran salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Kaedah fiqah yang lain juga ada menyatakan bahawa:
اليقين لا يزول بالشك
Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan.
Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka tidak perlu dibersihkan atau disucikan. Jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya tidak boleh menjadikan sesuatu itu menjadi bernajis.
Oleh itu, merujuk kepada persoalan tuan; tidak boleh menganggap kain pelikat yang disangka basah telah terkena najis yang kering semasa melalui koridor masjid. Tuan perlu memastikan terdapat kesan najis yang terlekat pada kain atau tidak. Jka ada, maka wajib disucikan. Jika tidak, maka kain tersebut adalah suci.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.
Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 46