BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan,

Sebelum ini saya pernah bekerja di sebuah syarikat sales and service swasta. Saya bekerja di cawangan Kuching yang mana hanya saya seorang perempuan melayu yang beragama islam. 

Kebiasaan setiap tahun syarikat akan mengadakan Chinese New Year dinner, dengan kejahilan saya, saya pernah sekali mengikuti dinner yang mereka adakan kat sebuah restoran cina yang tak ada sijil halal. Cuma nya saya tidak minum atau tidak makan makanan yang mereka sediakan sepanjang dinner tersebut. Saya hadir sebabkan menjaga air muka boss saya. 

Setiap tahun syarikat itu akan memberi gift berupa liquor atau wine kepada dealer, majoriti dealer semua non muslim. Syarikat minta saya key in gift (liquor dan wine) dalam system dan meminta saya mengarahkan syarikat pengangkutan mengambil dari store kami dan menghantar kepada dealer. Dan saya tak nak lalukan pun tugasan berkenaan. 

Untuk pengetahuan Tuan, saya bekerja sebagai storekepper dan liquor dan wine yang syarikat pesan akan berada di dalam store tempat saya bekerja. Kerana dek tekanan kerja yang bercampur dengan benda syubahah saya nekad berhenti kerja. Sudah dua tahun saya menganggur. Saya berhenti disebabkan saya rasa perlu berhenti kerana Allah. 

Gaji memang lumayan Tuan, bila berhenti rezeki kami sekeluarga macam tak cukup. Suami saya bekerja sebagai imam masjid, gaji tak seberapa 1500 dengan membesarkan 3 orang anak yang bersekolah agama. 

Soalan saya, berdosa ke saya bertindak berhenti dan menyebabkan keluarga saya susah? 

Berdoskah saya membebankan suami dengan hutang rumah dan kereta dengan pihak bank? Suami marahkan saya sebab saya bertindak berhenti dia kata keluarga kami susah sekarang sebab saya berhenti. Salah kah tindakan saya Tuan?
 

Mohon pihak tuan sudi menjawab soalan saya.

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Meninggalkan perkara syubhah merupakan satu perkara yang terpuji. Namun dalam melakukan perkara ketaatan dan kebaikan, pastinya ada ujian yang Allah SWT tentukan bagi menunjukkan kasih sayang-Nya dan supaya kita sentiasa berdoa, merayu dan memohon pertolongan daripada-Nya. Adalah dinasihatkan agar puan teruskan usaha mencari pekerjaan baharu yang lebih diyakini hasil pendapatannya bagi membantu keluarga.

Sesunggunya Allah adalah pemberi rezeki dan dengan taqwa yang ada dalam diri puan inshaAllah akan ada jalan keluar terbaik. Dalam surah al-Zariyat ayat ke 58;

إن الله هو الرزاق ذو القوة المتين

Maksudnya: Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dia lah sahaja Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya

Semoga puan dan keluarga dilapang dan luaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 57

message user image