BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Monopoly Board Game, Board Games - Amazon Canada

Assalamualaikum tuan mufti, apakah hukum bekerja di kilang yang membuat patung anjing atau benda hidup seperti di atas untuk permainan di atas yang akan dimainkan oleh orang dewasa? Adakah dikira sebagai golongan yang membuat patung? Terima kasih tuan mufti.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, asal-usul sama ada pembuatan, penjualan, pembelian atau pemerolehan patung-patung termasuk dalam skop kerja-kerja yang diharuskan syarak selagi mana tidak mempunyai unsur-unsur dipuja, dimuliakan, dihormati atau diagungkan. Begitu juga urusan keduniaan seperti permainan, pendidikan, perubatan, siasatan jenayah dan apa sahaja yang tidak mempunyai unsur-unsur pemujaan adalah dibolehkan. Ini berdasarkan kaedah usul ulama feqh iaitu: 

أنّ الأصل في الأشياء الإباحة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ

Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut). (Rujuk Al-Asybaah Wa Al-Nazhair, karangan Imam Al-Suyuthi, 1/133).

Namun, dalam kalangan para fuqaha ada yang mengharamkan pembuatan patung manusia dan haiwan secara mutlak sekalipun bukan dengan tujuan dipuja, diagung, dihormati atau dimuliakan kerana bersandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah RA sewaktu peristiwa penaklukan Kota Mekah, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

 إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالأَصْنَامِ 

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya mengharamkan jual beli khamar (arak), bangkai, babi, dan patung berhala. (Riwayat Al-Bukhari) 

Oleh itu, seandainya dapat dipastikan bahawa pembuatan patung binatang kecil itu untuk tujuan permainan, maka ia adalah diharuskan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 65

message user image