BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Dato Mufti,

Di sini saya ada beberapa persoalan yang memerlukan pencerahan dari Dato Mufti mengenai:

1) Apa hukumnya seorang isteri meninggalkan rumah tanpa izin suami dan tidak taat kepada suami?

2) Apa hukumnya seorang isteri memberikan kunci rumah kepada orang luar dan mereka tidak diizinkan oleh suami masuk ke rumah?

3) Apa hukumnya seorang isteri berpakat dengan saudaranya dengan tujuan menganiaya suami hingga ditangkap polis dan dimasukkan ke dalam lokap?

4) Apa hukumnya seorang isteri menyamar sebagai seorang pelacur dengan tujuan bagi memerangkap suaminya?

5) Dan apakah menjadi dosa jika suaminya yang telah dianiaya menceraikannya?

Sekian soalan saya, terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

1) Seorang isteri tidak boleh meninggalkan rumah tanpa izin suami dan berdosa hukumnya, melainkan dia meninggalkan rumah atas kegiatan rutin yang diketahui suami redha atasnya, atau kerana darurat seperti terjadi kecemasan untuk ke hospital dan suami tidak dapat dihubungi. Seorang isteri juga wajib mentaati suami selagi mana tidak menyuruh perkara yang maksiat.

2) Memberikan kunci rumah kepada orang luar dalam keadaan tahu bahawa suami tidak mengizinkannya juga merupakan perkara yang dilarang. Hal ini kerana memberikan kunci ibarat seperti memberikan keizinan seseorang untuk masuk ke dalam rumahnya.

3) Haram melakukan penganiayaan kepada mana-mana orang sama ada suami, saudara mara, sahabat termasuk kepada orang bukan Islam. Lebih utama lagi jika dia menganiaya suami tanpa sebab.

4) Membuat pekerjaan yang terlarang seperti pelacuran bagi tujuan penyamaran memerlukan kepada penjelasan yang panjang. Justeru, melakukan perbuatan seperti itu hendaklah dielakkan.

5) Harus seorang suami menceraikan isterinya dengan sebab-sebab yang syarie. Perceraian merupakan penyelesaian terakhir dalam konflik rumah tangga selepas menjalani sesi penasihatan, kaunseling, dan lain-lain.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 73

message user image