Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,adakah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di bawah PERKESO patuhi shariah.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد
Seperti yang sedia maklum, pelaburan yang dibuat oleh pihak PERKESO adalah pelaburan yang patuh syariah dan dipantau oleh panel syariah yang dilantik. Sehubungan itu, jika pelaburan SKSSR adalah pelaburan yang sama dengan pelaburan PERKESO, kami berpendapat ia adalah patuh syariah. Walau bagaimanapun kami mengesyorkan Puan rujuk sendiri dengan pihak PERKESO untuk mendapat kepastian.
والله أعلم بالصواب
Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 105