Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum ustaz, apa hukumnya bagi seorang isteri atau wanita yang membuka tudung dengan niat untuk membetulkan rambut ketika di dalam tandas wanita. Dan, apakah hukumnya jika di dalam tandas wanita tersebut terdapat beberapa orang maknyah @ transgender. Mohon pencerahan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hukumnya berbalik kepada asal, bahawa golongan maknyah atau transgender itu dihukumkan bukan mahram. Islam melarang lelaki yang bertukar menjadi perempuan, begitu juga perempuan yang bertukar menjadi lelaki. Oleh itu, mereka tetap dihukumkan sebagai lelaki asal walaupun telah menjadi maknyah atau transgender. Wajib menutup aurat walaupun mereka masuk ke tandas perempuan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.