BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum, disini saya ingin bertanya mengenai lafaz taklik, saya telah meminta kepada suami saya untuk melafazkan taklik jika dia mengulangi perbuatan yang mendorongkan dirinya ke arah maksiat secara disengaja atau tidak disengaja akibat tidak dapat melawan nafsu sama ada dia telah melakukan zina bersama wanita lain di belakang saya, atau dia menyimpan dan merakam mana mana video lucah hingga timbulnya nafsu maka dia pun sudah mendorongkan dirinya ke arah kemaksiatan, dan perbuatan itu mendatangkan mudarat terhadap saya, seperti tidak lagi taat kepadanya, dan perbuatan itu pun telah menyebabkan saya nuzyuz kepadanya, maka jatuhlah talak 3 keatas saya secara sah. persoalannya disini saya telah mendapati suami saya melanggar taklik tersebut kerana saya menjumpai bukti dia menyimpan dan merakam video lucah dan video tersebut didalam folder tersembunyi telefon bimbitnya, namun suami saya tidak sama sekali mengakui telah melanggar taklik dengan memberi alasan bahawa semasa itu dia sedang melihat gambar dan tanpa sengaja dia terjumpa video lucah tersebut dan berniat untuk menghapusnya, namun katanya sewaktu dia hendak melakukan itu saya tiba tiba bertanya kepadanya sedang berbuat apa, menyebabkan video lucah itu tidak jadi dihapuskan tetapi dia telah menyembunyikannya, suami saya juga berkata bahawa video lucah itu adalah video lama sebelum lafaz taklik itu dibuat namun melalui bukti tarikh pada rakaman video itu adalah jelas setelah taklik itu dilafazkan. namun suami saya tidak ingin melepaskan saya dengan menyatakan dia sama sekali tidak melanggar taklik, disini saya perlukan pengesahan saya ingin bertanya apakah talak itu sebenarnya sudah jatuh keatas saya ? kerena suami saya telah menafikan dan tidak mengakui telah melanggar taklik namun bukti ditelefon bimbitnya menunjukkan sebaliknya dan perkara ini menimbulkan kekeliruan kepada diri saya. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan puan di atas:

Secara umumnya lafaz taklik atau talak taklik bermaksud mengaitkan jatuh talak dengan berlakunya sesuatu perkara. Oleh yang demikian, apabila ada bukti yang sohih suami melanggar taklik tersebut, maka akan jatuhlah talak kepada isterinya. Sekiranya, tidak terbukti maka talak tidak jatuh.

Walau bagaimanapun, puan atau suami hendaklah merujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan kadar segera kerana pengesahan lafaz talak adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Apatah lagi sekiranya timbul pertikaian antara suami atau isteri, terutama berkaitan kesahihan lafaz taklik tersebut atau pertikaian terhadap berlaku atau tidak pelanggaran taklik tersebut.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 76

message user image