BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya nak tanya saya ad masalah bisikan hati pernah gaduh dengan isteri keluar la ayat cerai. Selang beberapa hari tiba2 fikiran tu datang betul ker aku niat tanpa lafaz atau lafaz..situasi ini membuatkan saya haru biru ad tu sampai lupa aku niat ker lafaz macam mana tu ustaz mohon penjelasan


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, masalah bisikan hati sama ada ayat cerai itu dilafazkan atau tidak ke atas isteri, saudara sendiri boleh dapatkan penjelasan dari isteri yang mendengarnya kerana pergaduhan ini berlaku di antara suami dan isteri, atau saksi (jika ada saksi yang mendengarnya). Lafaz cerai yang sorih (jelas) seperti ucapan: "aku ceraikan engkau" akan menyebabkan berlakunya talak walaupun tanpa niat.

Namun, seandainya ragu-ragu sama ada telah mengucapkan lafaz cerai atau tidak, atau tidak pasti ucapan apa yang dilafazkan, maka kembali kepada hukum asal, iaitu perkahwinan itu kekal dan penceraian tidak berlaku. 

Untuk mendapatkan kepastian, sila rujuk ke Mahkamah Syariah berdekatan yang berbidang kuasa menentukan dan mengesahkan jatuhnya sesuatu lafaz talak.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 128

message user image