BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada 2 soalan yang ingin ditanya:

1. Saya dapat tahu di dalam rumah saya ada yang membuang air kecil dalam bilik mandi sedangkan ada tandas yang berasingan dengan bilik mandi, yang menjadi masalahnya ialah saya tidak nampak najis itu dan bilik mandi itu juga dijadikan sebagai tempat untuk mengambil air wudhu tambahan pula ramai yang telah mandi dalam bilik mandi itu menggunakan sabun dan syampu dan air sabun dan syampu yang mereka pakai itu mengalir ke lantai jadi menyebabkan tiada sebarang bau, warna ataupon rasa tetapi saya tidak tahu jika bilik mandi itu bersih atau tidak dan bagaimana jika orang di dalam rumah itu keluar dari bilik mandi itu dan terdapat kesan najis itu di kaki mereka dan mereka berjalan sekeliling rumah dan risau ia menyebabkan satu rumah bernajis. Apakah hukumnya?

2. Saya mempunyai banyak buku komik lama seperti Lawak Kampus saya ingin menjualnya tetapi kebanyakkan characters dalam komik itu auratnya terdedah. Bolehkah saya menjual komik tersebut?


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

  1. Merujuk kepada persoalan yang diajukan, jika tiada bukti yang zahir bahawa adanya ain, warna, bau atau rasa akan sesuatu itu, maka ia kembali kepada hukum asal iaitu suci. Adalah sebaiknya dihindari perasaan was-was yang boleh menggangu ibadah dan aktiviti kehidupan seharian. 

  2. Hukum menjual buku atau komik lama yang mempunyai lukisan yang mendedahkan aurat adalah harus kerana ia bukan nyata. Melainkan sekiranya terdapat lukisan yang mencolok mata atau menggairahkan, maka ia tidak harus untuk dijual.   

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 50

message user image