BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, izinkan saya bertanya tentang hukum hakam saham ?
Apakah hukum melabur saham di luar negara macam US stock market ? Adakah dibenarkan ? 
Kalau saham di bursa Malaysia harus untuk melabur dengan syarat saham patut syariah, macam mana pula dengan saham US stock market. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Bagi menjawab soalan Tuan, harus untuk melabur dalam saham yang patuh syariah. Walau bagaimanapun kami minta maaf kerana tidak dapat beri kepastian tentang status saham luar negara terutama US stock market. Kami mengesyorkan Tuan merujuk perkara ini kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai pihak yang berautoriti akan status setiap saham baik di dalam dan di luar negara. Sebagai nasihat untuk kita semua, adalah sangat digalakkan untuk kita semua menjauhi perkara syubhah seperti hadis yang diriwayatkan daripada Nukman bin Bashir RA, sabda Rasulullah SAW:

إنَّ الحلالَ بيِّنٌ وإنَّ الحرامَ بيِّنٌ وبينهما أمورٌ مُشتبِهاتٌ لا يعلمهنَّ كثيرٌ من الناس فمنِ اتَّقى الشُّبُهاتِ استبرأ لدِينِه وعِرضِه ، ومن وقع في الشُّبهاتِ وقع في الحرامِ

Maksudnya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu jelas. Antara dua perkara ini terdapat perkara syubhah yang tidak diketahui oleh orang ramai. Sesiapa yang yang menjauhi perkara syubhah maka telah terselamat agama dan kehormatannya. Sesiapa yang mendekati perkara syubhah maka dia mendekati perkara haram. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

والله أعلم بالصواب

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 62

message user image