BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..Apa hukumnya jika seorang isteri masih menyimpan barang-barang arwah suaminya sedang wanita itu telah bernikah lain?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, tidak menjadi kesalahan bagi seseorang itu menyimpan barang-barang peninggalan arwah suaminya walaupun telah bernikah lain. Namun, jika perkara itu tidak disukai atau ditegah oleh suami barunya, maka dia wajib patuh terhadap perintah suaminya. Jika menyimpan itu boleh mendatangkan mudharat dan mengganggu keharmonian hidup bersama suami barunya, wajiblah dielakkan perbuatan tersebut. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abdulrahman Bin Auf bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 إذا صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وحفظت فرجها وأطاعت زوجها قيل لها ادخلي الجنة من أي أبواب الجنة شئت

Maksudnya : Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintu mana yang ia suka (mengikut pilihannya).(Riwayat Ahmad) 


والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 183

message user image