Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz . Saya selalu rasa salah sebutan semasa baca al- fatihah ketika solat . Menyebabkan saya selalu mengulangi bacaan sehingga saya rasa malas utk solat. Adakah terdaoat cara yang sesuai utk menyelesaikan masalah saya ini ?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد
Merujuk persoalan yang dikemukakan, perlu difahami bahawa;
1. Membaca surah al-Fatihah adalah salah satu rukun solat. Jadi wajib untuk kita membacanya berserta makhraj dan tajwid yang betul,
2. Wajib untuk kita menjaga bacaan surah al-Fatihah kita pada setiap huruf agar tidak berkurang atau tertukar. Wajib juga kita jaga bacaan syaddah dan juga panjang pendek harakat surah al-Fatihah.
3. Rasa salah atau terasa macam ada salah baca merupakan sifat ragu-ragu atau was-was. Rasa ragu-ragu mahupun was-was tidak membatalkan sesuatu ibadah.
Oleh itu, selagi puan berusaha menjaga bacaan, selagi itu solat Puan masih sah dan tidak terbatal. Tambahan pula rasa ragu-ragu terhadap bacaan tidak membatalkan solat. Jika Puan sememangnya terdapat kesukaran menyebut perkataan atau tajwid tertentu ketika baca surah al-Fatihah, wajib untuk Puan belajar dan berusaha membaiki bacaan tersebut. Apabila telah belajar, namun tetap tidak dapat membaca dengan betul atas faktor umur dan sebagainya, maka ia dimaafkan.
والله أعلم بالصواب
Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 45