BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

boley saya tanya... ketika mandi wajib dan ambil air wuduk saya mendapati ade kotoran pada tapak kaki saya yang merekah .Persoalannya adakah sah mandiwajib dan air wuduk saya jika memounyai kotoran pada tapak kaki yang merekah?    Sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan; Syarat fardu mandi wajib ada tiga iaitu:

            1) Niat. Hendaklah seseorang itu berniat mandi wajib bagi membolehkannya melaksanakan ibadah yang haram dilakukan kerana junub.

            2) Membersihkan najis dan kotoran yang melekat pada badan dan menghalang air daripada sampai ke kulit.

            3) Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuk kulit dan bulu-bulu yang ada di badan

Maka, apabila seseorang itu memenuhi rukun-rukun mandi wajib maka sahlah mandi wajibnya dan tidak perlu untuk mengulanginya sekali lagi.

Seandainya terdapat kotoran pada rekahan kaki yang sukar untuk dibersihkan setelah mencuba sedaya upaya, maka ia adalah dimaafkan, lebih-lebih lagi sekiranya ia adalah rekahan yang kecil atau sedikit.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 41

message user image