BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan sy mohon penjelasan kepada lafaz ta'liq di bawah. 

Adalah disahkan bahawa Pengantin lelaki telah berta'liq seperti berikut:

Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya ................  selama empat bulan Hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada Syariah dan apabila sabit aduannya di sisi Mahkamah Syariah dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit, maka pada ketika itu tertalaq ia dengan cara talaq khulu'.

1)Sekiranya pihak isteri tidak membuat aduan di mahkamah syariah. Adakah jatuh talak? 

2)Jatuh talak atau tidak secara khuluk sekiranya pihak isteri tidak membuat aduan di mahkamah syariah? 
 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

Lafaz taklik yang dinyatakan merupakan lafaz taklik yang perlu dilafazkan oleh suami selepas selesai berlangsung akad nikah sebagai suatu keperluan yang ditetapan di dalam peraturan perkahwinan di negeri-negeri di Malaysia. 

1. Sebarang penceraian atau talak berkaitan dengan lafaz taklik tersebut tidak akan berlaku tanpa ada permohonan daripada isteri. Walau bagaimanapun, seandainya suami melafazkan cerai atau talak secara biasa kepada isteri, maka talak boleh jatuh tanpa perlu ada aduan daripada isteri kepada mahkamah. Sebaliknya perkara tersebut perlu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan dan pengeluaran sijil talak.

2. Talak secara khulu' sebagaimana terdapat di dalam lafaz taklik tersebut tidak akan terjadi tanpa ada permohonan daripada isteri dan pengesahan daripada pihak Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 161

message user image