BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..Saya ingin bertanya. Bolehkah pengantin melakukan solat jamak semasa hari majlis perkahwinan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Syarat-syarat keharusan jamak dan qasar, antaranya:

1. Bermusafir

2. Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.

3. Perjalanan tidak kurang dua marhalah bagi perjalanan sehala (81 kilometer berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2021 pada 9 Mac 2021).

4. Solat yang harus dijamakkan adalah solat Zohor dan Asar, solat Maghrib dan Isyak.

5. Solat yang harus diqasarkan adalah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

6. Tidak lebih daripada 3 hari.

7. Tidak boleh berimam dengan orang yang bersolat tamam (sempurna).

8. Hendaklah diniatkan qasar dalam takbiratulihram.

Oleh itu, jika merujuk persoalan saudari, tidak boleh untuk melakukan solat secara jamak kerana tidak cukup syarat keharusan solat jamak.


والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 227

message user image