BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

Mohon bantu saya memperjelaskan beberapa  keleliruan Dan pencagahan pendapat...

1.  Mengenai jamak takhir dirumah atau di mukim sendiri.

Contohnya... Saya bertolak pulang Dari pulau pinang  ke pahang. Jarak saya sudah tentu melebihi 2 marhalah.  Sebelum itu saya telah berniat musafir. Dalam perjalanan pulang  telah masuk waktu zohor saya berniat jamak takhir.  Apabila masuk waktu asar saya tidak berhenti sembahyang.kerana mukim atau rumah tempat tinggal saya telah hampir.  Bolehkah saya sembahyang jamak takhir setelah tiba di rumah ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

Di dalam mazhab Syafi'i terdapat syarat-syarat solat jamak ta'khir mesti dipenuhi. Antaranya seperti berikut: 

  • Niat ta’khir kan solat pertama pada waktu kedua adalah ketika masuk waktu solat pertama.

  • Masih musafir hingga selesai kedua-dua solat.

Justeru, mestilah seseorang itu melakukan solat jamak ta'khir ketika mana dia masih berada dalam perjalanan atau dikira sebagai musafir dan tidak dikira sebagai melakukan solat jamak ta'khir jika seseorang itu telah masuk ke kawasan mukim atau tempat tinggalnya. Namun begitu, solat yang pertama yang dilakukan itu seperti solat zohor dikira sebagai qadha' dan solat keduanya iaitu solat asar dikira sebagai tunai.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 52

message user image