BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya ingin bertanya adakah perlu memasukkan juga "Allah Maha Besar" ketika takbir dalam solat. Contohnya ketika niat "Aku solat fardu subuh, Allah Maha Besar" Dan ketika takbir untuk pergerakan lain seperti hendak rukuk ketika takbir adakah perlu menyebut dalam hati "Allah Maha Besar"?

Terima kasih Assalamualaikum 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Sebelum menjawab soalan yang diajukan, lebih baik untuk kita memahami beberapa perkara terlebih dahulu.

1- Lafaz takbir Allahu Akbar adalah rukun qauli, iaitu mesti disebut lafaz takbir tersebut dalam bahasa Arab semasa takbiratul ihram.

2- Niat adalah rukun qalbi. Iaitu berniat di dalam hati bukan dilafazkan dengan bibir. Niat solat dilakukan ketika takbiratul ihram sambil mengucapkan lafaz Allahu Akbar.

3- Melafazkan niat sebelum angkat takbir adalah disunatkan. 

Bagi menjawab soalan tuan, ketika niat di dalam hati, tidak perlu tambah dalam niat tersebut "Allah Maha Besar". Cukup sekadar lintasan niat di dalam hati "sahaja aku solat fardu Subuh" sebagai contoh.

والله أعلم بالصواب

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 52

message user image