BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..Saya ingin bertanya tentang ciri ciri isteri yang wajib diceraikan mengikut hukum syarak Jika tidak diceraikan Akan menbuatkan Saya tanggung dosa besar yang dilakukan isteri di akhirat..untuk makluman Saya telah berkali Kali mendapatkan kauseling di pejabat agama..sekarang dalam proses mahkamah syariah untuk pengesahan 3 lafaz taklik..dan mendapatkan kauseling Dari Peguam mahkamah syariah..isteri Saya teramat derhaka dan nusyuz serta amat zalim kepada suami demi memuaskan Hatinya..isteri seorang yang tidak peduli hukum agama demi memuaskan hatinya Hatinya lebih penting Dari hukum agama..tidak Kira dengan apa Cara sekalipun..Saya bimbang tergolong dalam kalangan suami dayus kerana tidak mampu mengawal isteri dan hanya mampu mendiamkan diri dan mengalah..bolehkan teruskan perkahwinan yang di mana Saya tahu isteri curang bersama lelaki lain tetapi Saya hanya mampu mendiamkan diri dan mengalah..Jika Dia berlaku curang bersama lelaki lain Saya tidak dapat berbuat APA hanya mampu mendiamkan diri dan berserah kepada allah..nasihat dan teguran isteri tidak diendahkan..Dia beritahu Saya kalau Saya buta Baru sakit Hatinya hilang..atau Saya ceraikan Dia Baru Dia Akan tenang tanpa sebab..Dia Nak Saya ceraikan Dia tanpa sebab dan kejahatan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Secara prinsipnya, seorang suami memiliki tanggungjawab untuk mendidik isterinya (ولاية التأديب) sekiranya isterinya tidak mentaatinya pada sesuatu perkara yang wajib ke atas isteri untuk taat, seperti meninggalkan rumah tanpa izin suami, atau enggan membenarkan suami menyetubuhinya tanpa keuzuran syar’ie yang membenarkannya atau engkar dengan teguran suami agar tidak melakukan kemaksiatan atau keadaan-keadaan lain yang boleh membawa kepada isteri tidak mentaati dan memartabatkan kedudukan suaminya.

Namun sekiranya telah berusaha dengan pelbagai cara untuk menyelesaikan permasalahan tersebut, namun masih tidak mendatangkan natijah yang terbaik, maka mungkin jalan perpisahan itu yang terpaksa diambil, kerana ia juga antara penyelesaian yang dinyatakan dalam Islam dan al-Quran. Namun perpisahan tersebut hendaklah dilakukan dengan ihsan (cara yang baik) mengikut garis panduan yang betul dalam menjaga maslahah dan mengelak berlakunya mudharat kepada pasangan masing-masing seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 229 :

الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ

Maksudnya:  Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 62

message user image