BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

Dan salam hormat, disini saya ada satu pertanyaan mengenai hukum faraid, terhadap bekas ibu tiri.Arwah ayah saya dan ibu tiri telah bercerai pada bulan julai 2017 dan ayah saya pula telah meninggal pada september 2017. Dalam perbicaraan pembahagian pusaka di pusaka kecil telah memutuskan ada hak utk bekas ibu tiri saya (dalam tempoh iddah) dan mengatakn urusan pembahagian adalah selagi mana arwah hidup. Persoalan saya baru2 ini bekas ibu tiri saya telah berkahwin lain. Adakah pembahagian harta pusaka ini masih perlu diteruskan..memandangkan ada hasil atau gaji bulanan yg perlu diuruskan oleh saya selaku pentadbir. 

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, pembahagian harta pusaka arwah ayah perlu diteruskan memandangkan bekas isteri si mati merupakan satu daripada waris-waris atas kematian ayah. 

Selaku pentadbir hendaklah membahagikan harta pusaka si mati kepada waris yang berhak walaupun ibu tiri tersebut telah berkahwin lain. Hak harta pusaka ibu tiri terhadap tidak hilang disebabkan perkahwinannya dengan orang lain.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 37

message user image