BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah tanggungjawab (Dari aspek menyara nafkah, tempat tinggal, menjaga kebajikkan, keselamatan) oleh seorang anak tiri (lelaki) terhadap ibu tiri, setelah kematian bapa (Suami ibu tiri). Adakah tertakluk semasa ibu tiri di dalam iddah sahaja atau sehingga beliau meninggal. Bagaimana jika anak tiri tidak berkemampuan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, kedudukan ibu tiri itu sama seperti ibu kandung, kerana ibu tiri juga merupakan ibu yang sah (mahram) kepada anak suaminya (walaupun anak tiri) dan selama-lamanya tidak boleh bernikah dengan ibu tiri walaupun telah bercerai atau kematian suaminya. Firman Allah SWT: Maksudnya : “Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu ” (an-Nisa’ : 22) Tanggungan nafkahnya semasa iddah jatuh kepada ahli waris suaminya. Ibu tiri juga berhak mendapat harta pusaka suaminya. Jika ibu tiri mempunyai anak kandung, kewajipan nafkah juga adalah daripada anak kandungnya. Jika tiada, maka kewajipan itu jatuh kepada anak tirinya mengikut kadar kemampuannya. Selama mana ia memerlukan, yakni tidak terhad kepada tempoh iddah sahaja. Jika anak tiri juga tidak berkemampuan, maka walinya perlu memberikan nafkahnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 229

message user image