BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..saya mohon pencerahan berkenaan situasi berikut:

Seorang wanita kematian suami.

Arwah suami ada 2orang anak dewasa, seorang lelaki & 2 orang perempuan.

Wanita tersebut hanya ada adik beradik seorang lelaki & seorang perempuan.

Dalam hal ini siapakah yang wajib beri nafkah dan jaga kebajikan wanita tersebut?

terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan situasi kepada persoalan yang diberikan, seorang wanita yang kematian suami jika dia masih bekerja dan mempunyai pendapatannya sendiri, maka dia boleh menanggung dirinya sendiri walaupun telah mempunyai anak dewasa. Namun, tidak menjadi halangan sekiranya anaknya ingin menyara ibunya. Tetapi jika ibu yang tidak bekerja/ tiada pendapatan yang mempunyai anak yang telah bekerja, maka menjadi kewajipan kepada anak-anaknyanya untuk menanggung ibu mereka. Kadar nafkah tiada nilai tertentu, ia bergantung kepada kemampuan si anak untuk memberi nafkah kepada ibunya. 

Firman Allah SWT dalam surah at-Talaaq ayat 7: 

لِيُنفِقۡ ذُو سَعَةٖ مِّن سَعَتِهِۦۖ وَمَن قُدِرَ عَلَيۡهِ رِزۡقُهُۥ فَلۡيُنفِقۡ مِمَّآ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُۚ لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا مَآ ءَاتَىٰهَاۚ سَيَجۡعَلُ ٱللَّهُ بَعۡدَ عُسۡرٖ يُسۡرٗا

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 64

message user image