BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum .

Saya ada soalan . Kawan saya nak bertunang hujung bulan 8 tahun ni . Dalam masa yang sama , keluarga dia buat keputusan nak buat sekali kenduri tahlil arwah ayah yang dah meninggal tahun lepas . Ada sesetengah orang membantah keputusan kawan saya sekeluarga dengan pendapat mereka sepatutnya asingkan dua majlis ni pada tarikh yang lain . Tak kurang juga ada yang menyokong keputusan kawan saya dengan menyatakan kalau dah berniat , teruskan atau mesti dilakukan . Jadi , dalam kes ni , saya juga buntu pendapat manakah yang patut diikut . Saya harap pihak pihak Jabatan Mufti Selangor dapat memberikan pandangan patutkah teruskan majlis bertunang & kenduri tahlil ini serentak atau asingkan ?

Sekian .


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, tiada halangan jika pihak keluarganya ingin mengadakan majlis pertunangan dan kenduri tahlil pada hari yang sama kerana ia adalah dua perkara yang boleh dijadualkan mengikut turutan. Contohnya, pada jam 10.00 pagi diadakan majlis pertunangan (bertandang, sarung cincin dan sebagainya) kemudian disambung dengan majlis tahlil/ bacaan doa, seterusnya jam 12.30 tengahari pula majlis jamuan makan untuk para tetamu yang hadir. Dengan cara ini tuan rumah juga dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan bagi kedua-dua majlis tersebut.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 71

message user image