BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya ingin bertanya, Telefon saya telah jatuh ke lubang tandas. Seingat saya, saya telah menyapu sedikit air mutlak pada permukaan luar Telefon setelah mengangkatnya keluar. Tetapi di bahagian dalam Telefon saya telah biarkan ianya kering Dan telah mengecasnya. Akan tetapi Telefon saya telah rosak Dan saya menghantarnya ke kedai di mana petugas di kedai baiki Telefon ada mencadangkan untuk 'mencuci' Telefon tersebut. Persoalan saya adakah najis telah berpindah sewaktu selepas saya membasahkan sedikit permukaan luar Telefon dengan air mutlak semasa mengangkatnya keluar Dan juga adakah peralatan yang digunakan petugas kedai itu juga terdapat najis yang berpindah padanya sewaktu 'mencuci' Telefon tersebut walaupun sewaktu saya menghantar Telefon tersebut ke kedai, Telefon itu sudah kering di bahagian luar Dan tiada notifikasi yang mengatakan ada air di bahagian dalam sebelum saya mengecasnya?

 

Persoalan kedua saya, sejak kebalakangan ini, perasan was was saya semakin teruk kerana setelah mengetahui sedikit tentang air Mani, air mazi Dan air wadi, saya berdasarkan apa-apa yang seperti titisan di bahagian kemaluan saya (saya adalah lelaki) seperti keluarnya air tersebut sehingga kain pelikat Dan seluar saya menjadi basah sentiasa dek kerana was was saya itu. Tetapi bila saya periksa kemaluan saya, saya dapati seperti tiada air yang mengalir keluar daripada, saya was was sama ada peluh atau apa apa air lain yang melalui testikal saya itu saya menganggapnya sebagai air najis.  Masalah ini turut berlarutan sehinggakan saya turut membasahkan sofa yang saya khuatiri najis itu mungkin berpindah padanya. 

Saya juga turut berasa was was ketika solat seperti ketika takbirratul ihram saya khuatir ianya batal apabila saya rasanya seperti saya berhenti sejenak atau seperti menjarakkan perkataan Ak Dan Bar Dan Allahuakbar kerana saya berasa susah benar untuk berniat di dalam hati lebih lebih lagi ketika menjadi imam di dalam rumah. Selepas solat, saya ada bertanya kepada ibu saya yang menjadi makmum Dan beliau mengatakan takbir saya biasa/okay sahaja tetapi boleh diperbaiki Dan beliau yakin dengan solatnya yang di imamkan oleh saya, tetapi saya yang menjadi imam berasa was was dengan solat saya sendiri. Selain itu, kadangkala saya berasa was was ketika sujud kerana saya rasakan ada bahagian hari saya yang tidak menyentuhi permukaan lantai atau sejadah tetapi bila difikirkan semula, kemungkinan jari saya tidak menyentuhi lantai atau sejadah dengan cara yang rapat tetapi saya Masih yakin bahawasanya tangan saya terletak di tempat sujud. Di sampling itu, saya jika berasa was was apabila takbir ketika solat kerana saya dapati ustazah Dan ustaz di Malaysia mengajarkan takbir yang betul adalah Allahuakbar tetapi saya pernah mendengar imam di Mekah seperti mengucapkan Allahuakbarw (huruf ro itu seperti ditarik balik bukannya bar yang dilepaskan, maaf jika terdapat kekeliruan atas contoh ini)

Maaf jika perkataan saya kurang berlapik cuma mahukan penjelasan yang teliti kerana hidup saya sejak kebelakangan ini menjadi sangat resah Dan penat disebabkan was was saya. Saya berasa takut kadangkala untuk beribadah kerana khuatir pakaian tidak suci ataupun terdapat kesalah seperti rukun qauli pada solat saya sedangkan Islam itu mudah tetapi saya berasa sangat tertekan. Harap dapat membantu saya lebih lebih lagi masalah pertama yang berkait dengan najis yang berpindah kerana saya takut bahawasanya saya perlu menanggung dosa orang lain yang batal solatnya di akhirat kelak kerana tidak bersuci dengan sempurna. 

 

Terima kasih

 Assalamualaikum


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Sekiranya telefon itu memasuki lubang tandas ketika tidak terdapat najis padanya, maka air di dalam tandas itu adalah suci dan tidak menjadikan telefon itu jadi bernajis. 

2. Saudara perlu memastikan sama ada benar lembapan atau cecair yang ada pada lubang kemaluan itu najis atau tidak melalui sifat-sifat yang ada. Seandainya tidak dapat dipastikan ia najis atau tidak, maka ia kekal suci.

3. Hukum niat ketika solat adalah wajib kerana ia merupakan rukun qalbi (hati) dan wajib disertakan ketika seseorang melafazkan takbiratul ihram. Kedudukan niat ketika takbir adalah pada permulaan lafaz takbir dan berkekalan niatnya sehingga selesai. Namun, bagi memudahkan masyarakat awam maka memadai bagi mereka untuk berniat sama ada pada permulaan, pertengahan atau pengakhiran takbir dengan syarat dia tidak dilalaikan daripada mengingatinya. Lafaz takbir iaitu الله أكبر pada asasnya perlulah disebut secara sempurna bagi mereka yang mampu untuk menyebutnya dengan kadar paling kurang sebutan tersebut didengari oleh dirinya sendiri. Sebutan huruf ra ( ر ) perlu ditebalkan sekiranya ia dibaca waqaf (berhenti) dan huruf sebelumnya berbaris atas, berkemungkinan kedengaran seperti hampir huruf ra ( ر ) tersebut ditarik balik. Namun, memadai sekadar mana yang mampu dilakukan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 51

message user image