BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak tanya berkenaan wang hantaran, wang hantaran sebanyak 7ribu adalah dari duit kumpul antara saya dan tunang lelaki, jadi persoalannya, bolehke wang hantaran tersebut tidak dikira sebagai maskahwin sebab dengar makluman dari imam yang akan nikahkan, katanya akan masuk kan skli sbg maskahwin, tapi mcm mana sbb wang hantaran tu duit antara dua pihak. Bukan yang wajib hanya rm300 ke untuk selangor?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa merujuk kepada Fatwa Hukum Penetapan Kadar Mas Kahwin bagi Negeri Selangor yang diwartakan pada 4 Februari 2010 adalah "Menetapkan had minima kadar nilai mas kahwin sebanyak RM300.00 bagi anak dara atau janda tanpa ada had maksima. Sekiranya terdapat wang hantaran daripada pihak lelaki, ianya dikira sebagai mas kahwin".

Berdasarkan fatwa ini, wang hantaran yang diberikan oleh pihak lelaki juga akan dikira sebagai mas kahwin. Sehubungan itu, wang hantaran RM7000.00 tersebut adalah dikategorikan sebagai mas kahwin dan sekiranya ia hendak diguna bagi tujuan tertentu, perlu mendapat keizinan daripada isteri terlebih dahulu.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 36

message user image