BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya, saya amat risau akan benda ini. saya bercerita dengan rakan saya setelah itu secara spontan/tak sedar tercakap, "saya ni ambil ja kos kewangan islam, tapi macam tidak islam".. apakah hukumnnya? saya tidak berniat bercakap begitu.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Sebelum menjawab soalan yang diajukan, perlu difahami apa itu murtad dan bentuk-bentuk ucapan kufur yang boleh menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam. 

Pertama, murtad boleh berlaku dengan beriktiqad keluar daripada Islam atau mengucapkan kata-kata kufur atau melakukan perkara yang boleh membawa kekufuran sama ada secara sengaja atau bergurau senda.

Kedua, seseorang tidak menjadi murtad atau kufur selagi tidak beriktiqad bahawa dia bukan Islam.

Bagi menjawab soalan puan, tidak dinafikan ucapan puan mengandungi unsur ucapan kufur. Namun tidak menjadikan puan seoranga yang murtad. Walau bagaimanapun, puan dinasihatkan untuk  berhati-hati dalam mengucapkan sesuatu serta disarankan untuk sentiasa perbaharui syahadah puan seperti yang digalakkan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:

جَدِّدُوا إِيمَانَكُمْ ، قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، وَكَيْفَ نُجَدِّدُ إِيمَانَنَا؟ قَالَ:  أَكْثِرُوا مِنْ قَوْلِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ

Maksudnya: Perbaharuilah iman kalian. Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya memperbaharui iman kami? Sabda Rasulullah SAW: Banyakkan menyebut La Ilaha Ilallah. (RIwayat Ahmad)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 94

message user image