Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Hukum merancang menjadikan Marikh sebagai planet kedua setelah Bumi bagi kehidupan manusia.
Assalamualaikum wbt, saya pernah menjalankan sebuah pembentangan tugasan bagi subjek di universiti berkenaan kerelevenan pengembaraan ke planet Marikh sebagai tujuan untuk meneroka sama ada Marikh bersesuaian untuk menjadi tempat tinggal kedua atau ‘secondary planet’ kepada manusia. Hal ini adalah sebagai persediaan untuk manusia berpindah ke Marikh sekiranya Bumi tidak lagi sesuai untuk dijadikan tempat tinggal atau apabila Bumi tidak lagi mampu menampung bilangan manusia yang terlalu ramai satu hari nanti. Tidak dinafikan, pengembaraan ke Marikh meibatkan beberapa misi dan antara misi yang baik adalah untuk mencari penawar bagi penyakit-penyakit tertentu seperti kanser dan sebagainya. Namun, pengembaraan ini turut melibatkan misi untuk menjadikan Marikh sebagai planet kedua untuk kehidupan manusia. Persoalan saya, Allah telah menjadikan Bumi sebagai hamparan atau tempat tinggal manusia seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran. Oleh itu, adakah menyalahi hukum apabila terdapat beberapa syarikat seperti NASA dan Space X yang bercadang untuk menjadikan Marikh sebagai tempat tinggal manusia satu hari nanti sedangkan di dalam Al-Quran telah menyebutkan bahawa tempat tinggal manusia adalah di Bumi? Tambahan pula di dalam Al-Quran Allah juga telah menggalakkan manusia untuk meneroka dan mengembara namun Allah menyebutkan pengembaraan tersebut adalah bagi muka bumi yang telah Allah ciptakan buat manusia. Mohon pencerahan daripada pihak Jabatan Mufti. Terima kasih, jazakumullahu khairan kathiran.
Jawapan