BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,Sah ke nazar kalau saya ckp 'kalau saya mandi,saya kene puasa'?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan: 

Para ulama menyatakan bahawa nazar mempunyai tiga rukun iaitu :

  • Sighah (bentuk ucapan).

  • Orang yang melakukan nazar (الناذر)

  • Perkara yang dinazarkan (المنذور)

Antara syarat sah sighah atau ucapan yang menjadikannya nazar adalah wujudnya lafaz ilzam atau mewajibkan. Sebagai contoh, lafaz ilzam seperti: "Kalau saya lulus periksa, saya nazar untuk berpuasa", atau "Kalau saya lulus periksa, wajib saya berpuasa". 

Berdasarkan ucapan yang dilafazkan: 'kalau saya mandi, saya kena puasa' boleh memberi makna ilzam iaitu kena puasa, bermaksud perlu dan wajib berpuasa. Oleh itu ucapan itu membawa maksud nazar.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 48

message user image