BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

 

Sayq ada soalan..saya pernah bertanya pada suami saya kenapa dia ceraikan isteri lama dia..jadi dia bercerita semuanya..pada masa yang sama semasa dia cerita itu,dia ada cakap kau nak cerai sangat,jadi aku ceraikan kau..tapi dia merujuk kpd bekas isteri dia,bukan saya..adakah jatuh talak pada saya juga bila dia cakap mcm tu?sebab dia tak berniat ckp macam tu pada saya.itu sahaja soalan saya.terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ucapan suami: "aku ceraikan engkau" itu berbentuk penceritaan apa yang berlaku antara dia dan bekas isterinya. Tambahan pula, ucapan itu tidak ditujukan kepada puan. Oleh itu talak tidak berlaku.

Untuk mendapatkan kepastian, puan boleh mengajukan perkara tersebut kepada Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Syariah terdekat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 82

message user image