BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya mempunyai beberapa soalan berkenaan talak takliq dan rujuk. 1. Suami si a telah mehantar sms kepada kawan awek suami si a yg megatakan dia akan ceraikan si a demi membuktikan sayang suami si a kepada aweknya. Tanpa dilafaz atau diketahui oleh si a. Si a hanya mengetahui apabila awek suami si a memberitahu akan hal tersebut. Apabila si a bertanya kepada suaminye hanya menjawab die xniat hanya hantar sms tersebut dan juga si a dgr yg suaminye mengaku dgn org die telah bercerai dgn si a. Adakah jatuh talak? 2. Setelah kejadian tersebut si a mencari maklumat melalui google tentang rujuk. Suami si a ada mhantar wa menyatakan saya rujuk nama si a tp si a hanya manjawab dalam hati. Dan mereka ada bersama untuk rujuk tanpa ade lafaz apa2 adakah sah rujuk tersebut. 3. Selepas itu Suami si a ada lafaz takliq jangan kuar rumah tp selepas itu die ade lafaz untuk kawasan2 tertentu shaja boleh pergi atau mintak izin die sahaja kalau die izinkan boleh pergi. Satu hari si a baru mula berkerja dan suami si tak benarkann pergi kerja tetapi si a berdegil dan pergi kerja. Adakah jatuh talak & talak ke berapa? Adakah sah rujuk sblmnya? Dan mereka ada bersama untuk tujuan rujuk tanpa apa-apa lafaz. Semua kejadian ini sudah hampir 4 bulan berlaku semenjak kes talak yg pertama. Suami si a tidak duduk sebumbung dgn si a disebabkan dihalau oleh family si a kerana kantoi ade perempuan diluar dan selama berumahtangga nafkah anak bini jarang ada. Saya berharap pihak tuan dapat mnjawap sgala pertanyaan yg komplek ini. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan: 1. Pihak kami menasihatkan agar pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran bagi membuat permohonan pengesahan lafaz cerai, begitu juga dengan cerai taklik. 2. Untuk makluman, rujuk ini sah setelah dilafazkan oleh suami walaupun tanpa kerelaan isteri. Walau bagaimanapun, rujuk tersebut hanya berlaku apabila adanya perceraian. Oleh itu, pengesahan perceraian perlu dilakukan terlebih dahulu di mahkamah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 112

message user image