BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam sy ingin bertanya. Sy ada was was yang teruk. Sukar untuk saya membersihkan diri sendiri dan anak anak. mohon bantu sy. Terima kasih 

1) ketika membasuh air kecil, sy akan basuh kaki dan peha sekali kerana rasa najis ada lagi di peha, dan sy rasa ada air terpercik ke muka sy ketika sedang jirus kaki . Sy tidak dapat membezakan air yg terpercik itu najis atau tidak. Bila ada apa apa yg terpercik sy tak dapat nak buat keputusan. Bagi sy itu najis. Sy sukar untuk berfikir atas sebab was was ini. Sy juga akan basuh lantai kerana rasa ada najis yg turun dari peha tadi. Ketika jirus lantai ada juga air terpercik kpd sy. Adakah air itu najis? 

2) ketika memandikan anak yg ada najis, air yang tepercik itu pon sy akan fikir najis. Selalunya sy terpaksa mandi. Tapi itu menyukarkan kehidupan sy yg ada anak kecil. Sy tidak dapat beza yg terpercik itu najis atau tidak. 
 

3) selepas buang air kecil, beberapa minit selepas tu sy selalu rasa mcm ada air turun dari kemaluan. Sy selalu mengulang ulang membasuh air kecil disebabkan ada rasa sesuatu terkeluar. Menyebabkan sy lama di tandas. Boleh ajarkan sy teknik untuk melawan was was ini. Maaf dan terima kasih. 


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد 

Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna atau bau. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing atau selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna. 

Merujuk kepada persoalan puan:

1) Islam menghukum berdasarkan sesuatu yang jelas sahaja. Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia tidak menjadikan sesuatu menjadi bernajis. Ini berdasarkan kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan.

Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu suci dan tidak bernajis sehingga dibuktikan jelas terdapat najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Apabila puan telah membersihkan kaki dan peha sejurus selesai membuang air kecil, maka telah bersih dan suci anggota tersebut. Oleh itu, tidak timbul lagi najis masih wujud pada anggota badan tersebut. Percikan air basuhan yang dirasai semasa proses membersihkan anggota badan daripada najis adalah suci melainkan sekiranya terdapat kesan najis yang nyata.

2) Air percikan semasa membersihkan anak yang bernajis atau memandikan anak adalah suci, melainkan sekiranya terdapat kesan najis yang nyata. Jika tidak terdapat kesan najis yang nyata dan jelas, maka air percikan itu adalah suci.  

3) Islam menghukum berdasarkan sesuatu yang jelas sahaja. Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia tidak menjadikan sesuatu menjadi bernajis. 

Berusahlah untuk menghilangkan atau menjauhkan diri daripada rasa was-was. Ini adalah kerana dikhuatiri akan terus dipermain-mainkan oleh syaitan sehingga menyusahkan kehidupan sekiranya tidak diatasi dengan sebaiknya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 59

message user image