BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya mahu bertanya apa hukum nya jika suami telah menduakan isteri dan telah mengabaikan nafkah. Isteri telah mengetahui kecurangan suami setelah beberapa lama si suami berkahwin dua. Si suami enggan menceraikan isteri yang pertama. Anak pula tidak mampu melihat kesengsaraan ibu dan menyuruh ayah nya menceraikan ibu namun tidak dilayan. Wajarkah si isteri meminta fasakh. Dan apa hukumnya anak yang menyuruh ayahnya menceraikan ibunya? Sekian terima kasih. Mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, suami boleh berkahwin dua jika cukup rukun dan syarat-syaratnya. Suami yang mengabaikan nafkah terhadap isteri-isteri dan anak yang menjadi tanggungannya, hukumnya adalah berdosa. Seorang anak yang menyuruh ayahnya menceraikan ibunya hukumnya adalah berdosa. Jika disabit kesalahan anak tersebut boleh didakwa berdasarkan kepada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 di bawah Seksyen 34 iaitu : Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Jika ibunya telah diabaikan nafkahnya, ibu tersebut boleh membuat permohonan tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal. Begitu juga jika suami yang telah berpoligami, tidak berlaku adil dengan isteri-isterinya, isteri boleh memohon kepada mahkamah memerintahkan suami berlaku adil. Jika isteri pertama itu sudah tiada persefahaman atau jika diteruskan perkahwinannya boleh menyebabkan kemudharatan padanya, isteri boleh membuat permohonan cerai di Mahkamah Syariah. Walaubagaimanapun, keputusan bercerai itu bukan disebabkan oleh hasutan, paksaan daripada pihak ketiga. Urusan diantara suami dan isteri (ibu dan ayah) biarlah mereka yang memutuskannya mengikut keputusan masing-masing. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 86

message user image