BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz maaf mengganggu. Saya ingin bertanya berkaitan puasa nazar. Adakah boleh untuk kita bernazar bagi mengelakkan diri daripada melakukan maksiat? Contohnya, "aku bernazar untuk meninggalkan maksiat ini, jika aku melakukan maksiat ini maka aku akan puasa nazar seminggu secara berturut-turut". Mohon pencerahannya ustaz berkaitan perkara yang boleh dinazarkan dan perkara yang tidak boleh. 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa nazar ditakrifkan sebagai mewajibkan ke atas diri sendiri suatu perbuatan ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah yang tidak diwajibkan oleh syarak sama ada secara mutlak ataupun dengan mengaitkannya dengan suatu perkara.

Berkenaan persoalan nazar untuk meninggalkan maksiat, para ulama berpendapat bahawa ia adalah tidak sah kerana meninggalkan maksiat itu sememangnya wajib. Sehubungan itu, nazar untuk meninggalkan maksiat tidak dibenarkan kerana ia seakan mewajibkan perkara yang sudah sedia wajib. Selain itu, ia akan menyebabkan salah faham seolah-olah jika seseorang itu bernazar daripada melakukan suatu maksiat, ia “menghalalkan” perbuatan maksiatnya dengan menebusnya melalui kaedah membayar kaffarah. Padahal seseorang tetap dikira berdosa dan wajib untuk jika melakukan maksiat. 

Oleh itu, sebaiknya nazar hanya dilakukan bagi tujuan ketaatan. Sekiranya ingin menghindarkan diri daripada berterusan melakukan maksiat, maka hendaklah sentiasa beristighfar kepada Allah SWT, bertaubat dan berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya lagi. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 37

message user image