BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Ayah saya jadi pelupa dan jadi perangai macam budak budak selepas sakit demam panas dan ditidurkan . Adakah ia berdosa jika dia tidak solat dan lupa akan asas fardhu ain ?


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Penyakit atau simptom seperti yang dinyatakan boleh dikategorikan sebagai ma'tuh. Ma'tuh bermaksud seseorang yang mengalami kurang keupayaan dari segi mental. Hukum ma'tuh mengambil hukum kanak-kanak mumaiyyiz seandainya dapat membezakan baik dan buruk. Seandainya tidak berkeupayaan berbuat sedemikian, maka dia dianggap sebagai seorang yang tidak berakal atau nyanyuk. 

Merujuk soalan di atas selagi bapa dalam keadaan tersebut maka ketika itu tiada kewajipan ke atasnya untuk melakukan ibadah sehingga dia sedar semula. Berdasarkan hadis daripada Ali bin Abi Talib RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رُفِعَ القَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ، وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَشِبَّ، وَعَنِ المَعْتُوهِ حَتَّى يَعْقِلَ

Maksudnya: Diangkat pena daripada tiga golongan: Orang yang tidur sehingga dia bangun, daripada bayi sehingga dia remaja (baligh) dan daripada orang yang ma'tuh (cacat mental) sehingga dia berakal. (Riwayat al-Tirmizi)

Kewajipan ibadah yang ditinggalkan seperti solat fardu, semasa mengalami keadaan seperti itu, tidak perlu diqada' apabila pulih nanti. 

.والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 42

message user image