BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Persoalan 1

Saya mempunyai jam longines yang terdapat engraving di bahagian belakangnya(case back) yang terletak di lengan kita jika dipakai dan ia dipanggil sebagai enamel emas dan ia disaluti di atas permukaan stainless steel.

Apakah boleh memakainya kerana ia disaluti dengan emas sebenar(real gold) cuma saya tidak tahu berapa micron emas(merujuk kepada ketebalan emas) yang digunakan, dan saya tidak tahu berapa karat tetapi yang pasti bukanlah 18k gold digunakan untuk salut enamel emas tersebut.

Saya beli jam ini dan tidak pernah terfikir atas enamel emas tersebut dan hanya beranggapan ia hanyalah cat emas, tetapi setelah mendapati ia disaluti emas benar(real gold) cuma tidak tahu berapa karat digunakan yang pasti bukan 18k emas, saya risau akan boleh atau tidak memakai jam kegemaran saya ini, 

Saya juga tidak pernah menganggap jam ini sebagai perhiasan emas, sebaliknya memang menggunakan jam ini untuk tujuan asalnya iaitu lihat waktu sahaja.

 

Persoalan 2

Jam longines saya menggunakan gold-plated nickel balance wheel dalam movementnya/enjin jam dalam kata mudah

 

Adakah boleh memakai jam yang menggunakan movement/enjin yang disaluti emas? Atas sebab untuk mengelakkan kompartment enjin jam tersebut daripada karat dan mengelakkan dari kerosakkan pergerakan jam yang boleh berlaku pada jam yang tidak menggunakan salut emas pada bahagian enjinnya.

 

Persoalan 3

Berkait rapat dengan soalan yang pertama

Tetapi kali ini di bahagian index jam dan tangan minit serta tangan jam, yang dikatakan gilt(merujuk kepada warna keemasan) tetapi tidak specify oleh brand jam saya apakah salut emas atau tidak.

Soalan saya apakah boleh dalam islam sekiranya tangan minit[minute hand] dan tangan jam[hour hand] yang digunakan dalam jam tangan diperbuat daripada salutan emas juga?

 

Itu sahaja daripada saya, Saya mengharapakan Pejabat Mufti Selangor dapat menjawab soalan saya ini supaya saya dapat legakan kerisauan ini.

Terima kasih, Assalamualaikum.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan soalan yang diajukan; menurut perspektif Islam, pemakaian perhiasan emas adalah diharuskan dan dibenarkan hanya kepada wanita dengan syarat tidak berlebih-lebihan dan melampau. Adapun bagi lelaki ia diharamkan kerana sifat perhiasan emas hanya dikhususkan untuk wanita. Hal ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA:

‌أَنَّهُ نَهَى ‌عَنْ ‌خَاتَمِ ‌الذَّهَبِ

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) daripada memakai cincin emas. (Riwayat al-Bukhari) 

Justeru, seorang lelaki tidak dibenarkan menggunakan perhiasan emas sebagai alatan perhiasan kerana ia merupakan perbuatan tasyabbuh iaitu menyerupai wanita. Bahkan larangan ini juga jelas disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA beliau berkata:

‌لَعَنَ ‌رَسُولُ ‌اللَّهِ ‌صَلَّى ‌اللَّهُ ‌عَلَيْهِ ‌وَسَلَّمَ ‌الْمُتَشَبِّهِينَ ‌مِنَ ‌الرِّجَالِ ‌بِالنِّسَاءِ

 ‌وَالْمُتَشَبِّهَاتِ ‌مِنَ ‌النِّسَاءِ ‌بِالرِّجَالِ

Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai wanita dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki. (Riwayat al-Bukhari)

Larangan ini termasuklah juga bagi barangan perhiasan atau barang gunaan termasuklah jam tangan, pen, pinggan, mangkuk, cawan atau apa-apa barangan yang disaluti emas atau sebahagian bahannya diperbuat daripada emas.

Bagi barangan yang tidak dapat dipastikan bahan buatannya daripada emas atau tidak maka sebaiknya elakkan diri dari memakai atau menggunakan barangan tersebut bagi menjaga diri dari melakukan perkara yang syubhah atau sesuatu yang tidak jelas keharusan dan keharamannya.

Berikut disertakan sekali poster serta pautan kepada artikel yang telah diterbitkan di laman web Jabatan Mufti Negeri Selangor. 


 

Untuk bacaan lanjut sila klik pautan di sini

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 128

message user image