BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,ustaz say ingin bertanya tentang perkahwinan saya y tidak sah mengikut hukum syarak setelah sya bertanya kpd para imam.sya melangsungkan pernikahan ckup syarat ijab Kabul...cuma,sya berwali kan bapa saudara adik kpd bapa sya.sdgkn panda waktu itu bapa sya jga mnjadi saksi pernikahan tersebut...Dan saya baru mengerti kenapa bapa sya tidak mewalikan sya Dan wali itu d berikan kpd bp saudara saya,kerana sya anak x sah taraf.dan apakah sya waji. bernikah semula mengikut hukum syarak atau pun sya hanya boleh bertaubat sja...kerana sya Dan pasangan suda tidak sependapat Dan tidak sefahaman utk meneruskan hubungan Dan kehidupan bersama utk kedepan hari...Dan memutuskan utk mengikut haluan masing2.(mohon pencerahan ustaz...terima kasih Dan assalamualaikum .sekian

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan, puan hendaklah merujuk dengan kadar segera ke Pejabat Agama Islam di mana puan bernikah dahulu bagi mengesahkan status pernikahan puan tersebut. Pejabat Agama Islam akan membuat siasatan terperinci termasuk membuat semakan rekod permohonan pernikahan puan dan maklumat permohonan pernikahan yang puan isi di dalam borang permohonan pernikahan tersebut. 

Sekiranya siasatan Pejabat Agama Islam mendapati bahawa pernikahan itu tidak sah kerana menggunakan wali yang tidak layak atau tidak sah pada syarak, mereka akan menentukan proses selanjutnya. 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 57

message user image