BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, Saya begaduh dengan isteri saya kerana isteri saya telah membuka fon saya tanpa pengetahuan saya (ketika saya terlena) dan membuka aplikasi whatapps . Dalam msg whatsapps tersebut ada mesej tertulis satu ayat dan ada tulis  syg dr rakan sekerja (sudah bersuami) saya..membuatkan isteri saya sangat marah.padahal saya tiada hubungan pun dgn rakan sekerja itu..lalu isteri sy pun mesej kepada rakan sekerja saya  mnggunakan fon saya untuk marah..selepas saya terjaga tidur, sy cek fon saya dan dapati isteri saya berperangai pelik dan bermasam muka dgn saya..menyebabkan sy bergaduh teruk kerana isteri saya berkata , bagi la no fon laki dia, aku nak tidur dgn laki dia plak..sebab hang kawan dgn bini dia..lalu saya bagi penampar dua kali sebab dia ulang ckp nk tidur dua kali..lepas tu sy bagitaw isteri saya..lepas ni lagi sekali dok amik bukak fon aku dok cek²  , aku cerai hang terus..lepas beberapa hari kejadian..sy bg fon pada isteri sy untuk di cas..adakah jatuh talak..sebab skrg isteri sy berasa saya sebut (pegang fon )..maksud saya jika dia amik fon sy dok buka  dan cek² semua..itu saja soalan saya..harap Tuan dapat beri penjelasan..terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, lafaz yang digunakan adalah bersifat talak secara taklik dengan lafaz "lepas ni lagi sekali dok amik bukak fon aku dok cek², aku cerai hang terus".

Lafaz yang diucapkan adalah bersifat pemberitahuan sekiranya berlaku perkara yang dinyatakan, maka suami akan menceraikan isteri. Lafaz itu tidak memberi maksud seandainya perkara itu berlaku, maka talak akan jatuh secara serta merta atau automatik. Oleh itu, lafaz tersebut tidak membawa kepada berlakunya talak secara taklik. Terserah kepada suami, sekiranya perkara itu berlaku, sama ada dia hendak menceraikan isterinya atau tidak.

Nasihat kami agar pihak suami berhati-hati dalam menggunakan lafaz talak taklik kerana ia bersifat kekal dan tidak boleh ditarik balik. Sebagai seorang suami, sewajarnya tuan menyelesaikan masalah tersebut dengan penuh hikmah dengan mengambil kira emosi isteri. Tindakan menampar muka isteri bukanlah tindakan yang wajar di dalam menasihati atau menegur tindakan isteri.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut atau seandainya terdapat perselisihan antara suami isteri, perkara tersebut perlu diajukan kepada pihak Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Syariah terdekat sebagai pihak yang berautoriti menentukan jatuh atau tidak sesuatu lafaz talak. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 33

message user image