BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, sebelum menunaikan solat saya pegang bibir saya dan perasan bibir saya berdarah, ada sedikit tompokan darah yang kecil melekat pada salah satu jari saya sebelum solat saya mengikat rambut kemudian saya membersihkan apa yang patut dan mengambil air wuduk kemudian solat selepas solat saya teringat tentang tompokan itu, kemudian saya jadi ragu ragu mungkin darah itu melekat pada rambut saya ketika mengikat rambut ataupun ia telah hilang ketika saya mencuci tangan sebelum ambil air wuduk, adakah sah solat saya?


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, solat tersebut dianggap sah selagimana memenuhi rukun dan syarat-syaratnya. Rambut tidak menjadi bernajis jika tersentuh tompokan darah yang sedikt dan kering. Bahagian anggota yang terkena najis hendaklah dibersihkan dengan segera sebagai langkah berhati-hati. Perkara ini juga dilakukan bagi membina keyakinan dan menghilangkan perasaan was-was terutama bagi mereka yang berpenyakit was-was. Manakala membasuh tangan sebelum berwuduk akan menyebabkan tangan kita bersih dan suci daripada najis. Rasa ragu atau was - was terhadap sahnya sesuatu ibadah selepas selesai ibadah itu ditunaikan dengan menjaga rukun dan syarat-syaratnya tidak menjejaskan sahnya ibadah itu. Ini bermakna, apabila solat telah selesai didirikan dengan sempurna rukun dan syaratnya, kemudian datang rasa was-was atau ragu-ragu akan sahnya solat tersebut, ia tidak akan menjadikan solat batal atau tidak sah. 

Disarankan kepada saudari untuk menjauhi sifat was-was tersebut kerana ianya akan merosakkan ibadah.Oleh yang demikian, perasaan was-was tersebut boleh diperbetulkan tanpa membatalkan solat. Saudari perlulah sentiasa berfikiran positif dan meyakini sesuatu yang dilakukan itu sah bilamana cukup rukun dan syaratnya. Ini berdasarkan kaedah fiqah:

اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ

Maksudnya : Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan).

.والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

Ulasan:

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tompokan darah yang sedikit adalah dimaafkan. Tambahan pula, saudari ragu-ragu atau waswas sama ada tompokan darah itu terkena rambut atau tidak semasa mengikat rambut. Ini tidak menjadikan rambut menjadi bernajis Oleh itu, solat yang dirikan adalah sah. 

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 36

message user image