BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. 

Saya ada kemusykilan untuk ditanya

TAJUK : STATUS ANAK TIDAK SAH TARAF DENGAN BAPA BIOLOGI.

Seoarang wanita yang mengadung anak luar nikah telah dikahwinkan dengan lelaki yang mengandungkannya. Berkahwin kandungan telah melebihi 6 bulan.

Apakah taraf anak yang  dilahirkan oleh wanita tersebut dengan bapa biologinya? Anak yang dilahirkan adalah anak perempuan. Adakah dari segi hukumnya seperti bapa tiri?

Mohon pencerahan, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Anak tersebut adalah anak tidak sah taraf, dia tidak boleh dinasabkan kepada bapa biologinya (lelaki yang menyebabkan kehamilan anak itu). Ini sebagaimana yang telah dinyatakan dalam fatwa Negeri Selangor bertarikh 17 Januari 2005 berkenaan Garis Panduan Mengenai Anak Tidak Sah Taraf Menurut Hukum Syarak seperti berikut:

  1. Anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina, rogol atau melalui cara sainifik yang bertentangan dengan hukum syarak.

  2. Anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu “Imkan ad Dukhul” dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhat.

  3. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari segi waktu “Imkan ad Dukhul” selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syara’ bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.

.2. Memandangkan perempuan yang melahirkan anak tidak sah taraf itu telah mengahwini lelaki yang menghamilkannya, maka hubungan bapa biologi itu dengan anak tersebut adalah hubungan bapa tiri. Mereka tidak boleh berkahwin dan tidak batal wuduk apabila bersentuhan. Hanyasanya sebagai bapa tiri, dia tidak boleh mewalikan anak tersebut di dalam perkahwinan. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 56

message user image