BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya seorang peniaga dan mempunyai premis perniagaan di dalam satu bangunan. Pada satu hari, ketika saya hendak ke premis perniagaan saya, saya perasan di hadapan pintu masuk terdapat tompokan-tompokan darah merah (sudah kering). Peniaga lain memberitahu itu adalah darah anjing kerana ada sekumpulan anjing bergaduh di pintu masuk bangunan. Dan saya juga terlihat tapak kaki anjing yang berdarah merata tempat di jalan dalam bangunan kerana anjing itu lari selepas gaduh. Tukang cuci (cleaner) hanya lah mencuci menggunakan mop dan air sabun tanpa sertu. Dan pada masa kejadian, hujan sedang turun jadinya banyak tapak kaki basah mengenai kawasan darah dan mereka terus berjalan di dalam bangunan. Soalan saya, adakah najis hukmiyyah masih boleh berpindah ke tapak selipar/ kasut saya jikalau saya lalu/ pijak di tempat tersebut. Atau saya perlu mengelak untuk melalui jalan bekas darah anjing itu. Jikalau hujan, memang tidak dapat di elakkan dari tapak selipar/ kasut, basah untuk memasuki pintu tersebut. Saya jadi runsing memikirkan ni semalaman.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, najis hukmi adalah najis yang telah hilang ain serta sifatnya seperti warna, bau dan rasa. Sehubungan dengan itu, memandangkan tiada lagi ain najis pada lantai tersebut, maka tidak berlaku perpindahan najis. Namun, walaupun tempat tersebut telah bersih kerana najis telah dihilangkan, ia belum dianggap suci. Oleh itu, ia masih perlu disertu bagi menjadikan lantai tersebut suci daripada najis mughallazah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 49

message user image