BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Gelang besi yang telah diukir nama dalam bahasa jawi dan disertakan baris dan tanda bolehkah dibawa masuk ke tandas?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, gelang yang berukiran tulisan jawi sekiranya bukan berasaskan kepada kalimah Allah SWT, ayat-ayat suci al-Quran, zikir dan seumpamanya boleh dibawa masuk ke dalam tandas. Namun, jika tulisan kalimah Allah atau ayat al-Quran, maka haram dibawa masuk ke tandas. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 92

message user image