BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Suami saya pernah curang berkali2 , dan satu hari saya tk tahan untuk cerai . Tapi suami masih meminta untuk peluang , dia berkata " i janji i akan berubah , kalau dalam masa terdekat i tk berubah , i janji i akan lepaskan you " 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ucapan suami: "i janji i akan berubah, kalau dalam masa terdekat i tk berubah, i janji i akan lepaskan you", adalah janji yang suami berikan seandainya dia masih tidak berubah, maka dia akan menceraikan isterinya. Sekiranya suami tetap tidak berubah, penceraian tidak berlaku dengan serta merta. Suami perlu melafazkan cerai untuk menjatuhkan talak. Ucapan itu tidak dianggap sebagai lafaz talak secara taklik, yang mana sekiranya suami tidak berubah, maka talak akan jatuh secara serta merta.

Walau bagaimanapun, puan berhak untuk mengadukan perkara tersebut ke pihak Pejabat Agama Islam Daerah untuk mendapatkan pandangan mengenai hubungan puan dan suami puan yang telah curang berulang kali.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 59

message user image