BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Mufti ..Saya ingin bertanya brkenaan ibadah korban.. Di surau karian saya mengadakan korban, soalan 1) bolehkah peserta korban mengambil keseluhan 1 bahagian korban yang diA bayar Dan membahagikan sendiri hasil korban kepada diA nak berikan. Soalan ke 2) Pihak surau telah mengadakan korban dan memberi 1/3 kepada peserta korban . Manakala 2/3 lagi diberikan kepada kariah penduduk dan membuat masakan tanpa memberikan daging tersebut kepada fakir miskin. Apakah hukum melakukan korban hanya diberikan kepada penduduk tanpa diberikan kepada fakir miskin. Adakan dikira ibadah korban.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan:

1. Pada asalnya, seluruh bahagian haiwan korban adalah milik peserta. Oleh itu, harus bagi peserta untuk meminta seluruh bahagian korban miliknya. Perkara tersebut hendaklah dibincangkan dan dipersetujui dari peringkat awal lagi agar tidak timbul perselisihan antara peserta korban dan pihak pengurusan ibadah korban.

Walau bagaimanapun, seandainya peserta ingin mengambil seluruh bahagian korbannya, maka dia perlu memastikan sebahagian daripada daging korban tersebut hendaklah disedekahkan kepada fakir miskin.   

2. Menurut pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafi'i, peserta korban wajib bersedekah daging korban kepada fakir miskin dengan kadar cukup untuk dinamakan sebagai sedekah iaitu dalam anggaran sekurang-kurangnya 500 gram. Seandainya perkara tersebut tidak dipenuhi dibimbangi akan merosakkan ibadah korban tersebut. Jika perkara tersebut berlaku, perlu mencari daging lain (tidak semestinya daging korban) sebagai ganti untuk diberikan kepada fakir miskin sebagaimana kadar yang dinyatakan tadi.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 39

message user image