BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Soalan saya, ketika lafaz dua kalimah syahadah untuk kembali pada islam, adakah perlu lafaz makna nya sekali?

Dan adakah sah jika lafaz dua kalimah syahadah secara berbisik?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Mengucapkan syahadah adalah pintu masuk ke agama Islam dan merupakan langkah awal menuju kepada kesucian rohani.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, memadai mengucap dua kalimah syahadah tanpa melafazkan maknanya seandainya dapat memahami maksud daripada kalimah tersebut. Walau bagaimanapun, lebih baik untuk melafazkan makna kalimah tersebut untuk memantapkan pegangan di dalam hati.

Sah ucapan syahadah secara berbisik yang didengari oleh telinga sendiri. Walau bagaimanapun, dalam urusan pentadbiran serta pendaftaran saudara baru, lafaz syahadah bagi seseorang yang hendak memeluk agama Islam, perlu ada saksi seramai 2 orang lelaki yang menjadi saksi lafaz tersebut dan perlu didaftarkan di mana-mana pejabat pendaftaran muallaf serta melengkapkan dokumen pengislaman bagi menguruskan pendaftaran pengislamannya sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran, Penjagaan Dan Pengajaran Bagi Muallaf (Negeri Selangor) 2009.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 141

message user image