BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz Nak tanya boleh, Saya ada beli akaun tiktok 80k followers CONTENT MOVIE dan saya pon buat akaun baru content movie pengikut mencecah 320K, jadi ada 2 akaun tiktok, movie tu hanya part2 pendek bukan full movie, masalah sekarang saya baru tahu terbaca dekat Google pengarahnya tak benarkan mana2 video hasil diorang upload mana2 media sosial tanpa kebenaran , saya baru tahu, yang saya tahu full movie je tak boleh, tujuan saya buat content movie untuk menambah pengikut lebih ramai, kelebihan pengikut ramai sample percuma untuk affiliate tiktok senang dapat, saya memang buat affiliate tiktok , haram ke hasil pendapatan saya di tiktok, terima kasih saya


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين

Cetak rompak bermaksud perbuatan menerbitkan hasil ciptaan atau karya orang lain tanpa kebenaran serta membayar royalti kepada mereka. Perkara ini dilarang di dalam Islam kerana ia seolah mencuri hasil usaha orang lain untuk kepentingannya sendiri, firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188:

Firman Allah SWT:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Pendapatan yang dijana dengan menggunakan hasil ciptaan atau karya orang lain tanpa kebenaran adalah haram. Sebaiknya minta izin daripada pemilik asal, atau dipulangkan kepada pemilik asal jika mampu. Sekiranya tidak mampu, maka mohonlah kemaafan daripada pemilik asal serta mohonlah keampunan daripada Allah SWT atas kesilapan yang dilakukan atas kejahilan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 57

message user image