BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan/puan, 

  Saya ingin bertanya mengenai haid kerana terdapat kekeliruan yang berlaku. Pada 28/4 saya telah datang haid dengan darah berwarna coklat yang sedikit gelap ditambah dengan sedikit kemerah-merahan. Haid tersebut telah berakhir pada 12/5. Kemudian, pada 18/5 saya telah datang haid lagi. Keadaan ini menimbulkan kekeliruan kepada saya kerana darah yang keluar pada 18/5 itu kurang dari 15 hari suci dan keadaan darah adalah seperti kebiasaan haid saya. Saya juga mengalami "period cramp" yang mana juga adalah kebiasaan saya apabila haid. Namun pada 28/4 sehingga 12/5 saya tidak mengalami "period cramp".

 

Info tambahan

-28/4, darah berwarna coklat gelap ditambah kemerahan pada waktu pagi. Kemudian hanya darah berwarna coklat pada hari-hari yang berikutnya.

- dalam tempoh 28/4 sehingga 12/5 terdapat darah yang berwarna coklat gelap seakan hitam. Ada juga hari yang darah coklat bercampur darah merah.

- pada 18/5, darah haid yang keluar berwarna merah seperti kebiasaan haid saya iaitu berwarna merah dan juga ketulan hitam.

 

Saya harap pihak tuan/puan dapat bantu menjelaskan dari segi tarikh manakah yang boleh dikira sebagai haid, solat yang perlu diqada' dan adakah saya perlu solat pada tarikh 18/5.

 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi. Namun kami dapat rumuskan seperti berikut secara andaian:

28 (APRIL)

Darah haid

29

Darah haid

30

Darah haid

1 (MEI)

Darah haid

2

Darah haid

3

Darah haid

4

Darah haid

5

Darah haid

6

Darah haid

7

Darah haid

8

Darah haid

9

Darah haid

10

Darah haid

11

Darah haid

12

Darah haid

13

suci

14

suci

15

suci

16

suci

17

suci

18

Darah baki suci

19

Darah baki suci

20

Darah baki suci

21

Darah baki suci

22

Darah baki suci

23

Darah baki suci

24

Darah baki suci

25

Darah baki suci

26

Darah baki suci

27

Darah baki suci

28

Darah haid

29

Darah haid

30

Darah haid

31

Darah haid

1 (JUN)

Darah haid

2

Darah haid

3

Darah haid

8

Darah haid

9

Darah haid

10

Darah haid

11

Darah haid

12

Darah haid

Soalan atau maklumat yang puan berikan tidak lengkap atau tidak mencukupi: iaitu pada 18/5, puan tidak nyatakan berapa lama darah yang keluar selepas pada itu.  Oleh itu, kami buat dua andaian:

Pertama: Pada 18/5 itu darah keluar hanya sehari sahaja dan selepas itu tiada darah lagi. Maka jawapannya ialah:

28 April - 12 Mei adalah haid kerana cukup 15 hari dan tidak lebih, dan ia adalah tempoh maksima haid. Bentuk warna darah tidak diambil kira kerana ia tidak melebihi 15 hari.

13 Mei – 17 Mei adalah suci, dan darah pada 18 Mei itu adalah istihadah.

 

Kedua: Pada 18/5 itu darah keluar berterusan sehingga melepasi 28 Mei dan seterusnya. Maka jawapannya ialah:

28 April -12 Mei adalah haid, kerana cukup 15 hari dan tidak lebih, dan ia adalah tempoh maksima haid. Bentuk warna darah tidak diambil kira kerana ia tidak melebihi 15 hari.

13 Mei – 27 Mei adalah suci, dan darah pada 18 Mei – 27 Mei itu adalah istihadah.

28 Mei – dan selepasnya jika tidak melepasi 15 hari maka semuanya adalah haid.

jika melepasi 15 hari, maka haidnya bercampur istihadah. Untuk mengetahui yang mana haid dan yang mana istihadah, perlulah dibezakan bentuk warna darah, atau jika tidak tahu beza bentuk warna darah perlulah dijadikan adat yang terakhir sebagai panduan.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 43

message user image