Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan. Soalan-soalan saya adalah seperti berikut:
1. Membasuh kawasan bernajis dengan air musta'mal adalah tidak sah mengikut mazhab syafi'e, jadi apakah yang berlaku dengan air musta'mal yang mendatangi najis tersebut? Adakah selepas air must'mal mendatangi najis, ia berubah menjadi air mutanajjis kerana ia tidak mensucikan kawasan bernajis itu dan kemudiannya bercampur dengan najis? Lalu adakah ia menyebabkan kawasan lain yg berada di laluan aliran air tersebut turut menjadi mutanajjis? Mohon dijelaskan keadaan perubahan air ini untuk najis ainiyah dan hukmiyah yang didatangi air musta'mal.
2. Saya keluar menaiki moto selepas hujan berhenti ketika jalan masih basah/lembap. Ketika menaiki motor tersebut, tiba-tiba ada sekumpulan anjing duduk di tengah jalan menghalang laluan tersebut. Apabila motorsikal saya semakin mendekat, anjing-anjing tersebut bangun dan pergi dari situ. Kemudian saya terus lalu dikawasan itu. Saya sememangnya yakin bahawa tayar motorsikal saya lalu di tempat anjing tersebut duduk. Jadi adakah tayar motor saya perlu dibasuh dengan basuhan 7 kali berserta 1 kali air tanah? Kawasan rumah saya ada banyak anjing dan hal ini menggangu saya. Jika ketika musim hujan, hampir setiap hari berlaku perkara seperti ini.
3. Bagaimana pula jika semasa lalu dia kawasan anjing duduk tersebut ada percikan air dari tayar motor (yang datang dari atas jalan) kena kepada kaki saya?
Jawapan