BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, sebelum solat saya ada menukar seluar saya kepada seluar bersih selepas beristinjak saya memakai seluar tersebut kemudian selepas habis solat saya tukar semula seluar dan terbau seluar yang saya pakai solat tadi itu berbau seperti air kencing tetapi saya tidak pasti kerana seluar itu baru dan selepas beristinjak saya tidak ada rasa macam terkencing atau apa2 kemudian muncul dalam fikiran "macam mana kalau kau terkencing sebenarnya tapi tak sedar ke aku beristinjak tak betul tadi?" adakah sah solat saya? atau saya patut mengulanginya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, hukum asal sesuatu itu adalah suci, maka ia akan terus kekal suci. Manakala najis itu sifat atau keadaan yang mendatang, maka ia perlu dibuktikan dengan ain yang yakin dan bukan ragu-ragu (was-was). Ia berdasarkan kaedah fiqh berikut:

اليَقِينُ لَا يَزُولُ بِالشَّك

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.

Apabila kita beristinjak dengan menggunakan air, maka sudah pasti akan terdapat saki-baki air  di kawasan kemaluan. Memang perkara ini akan berlaku, kerana itu apabila telah dipastikan air kencing atau najis telah keluar habis, maka yang menitis selepas beristinjak itu adalah air atau bekas air yang telah kita gunakan untuk membersihkan bahagian atau tempat keluarnya najis. Berbau seperti air kencing tidak bermaksud itu adalah air kencing, melainkan dapat dipastikan ia benar-benar kesan air kencing. Jika hanya andairan, maka ia tidak menjadikannya najis. Justeru itu, solat yang telah dilaksanakan adalah sah. Selain itu, kita dinasihatkan untuk banyak beristighfar kepada Allah S.W.T dan sentiasa berdoa semoga terhindar daripada penyakit was-was.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 52

message user image