BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum,cik saya nak tanya dalam beberapa bulan lepas,saya pernah ada pergaduhan dengan isteri saya...namun selepas pada itu isteri saya keluar dari bilik dan saya berseorangan dalam bilik dan dalam saya keadaan agak emosi pada masa itu saya bercakap dengan diri sendiri.saya ada cakap perkataan "lepaskan" dan sekarang saya cuba untuk ingat kembali apa situasi yang berlaku dan apa yang keluar dari mulut saya waktu pada itu dan hari ini saya teringat balik.saya kurang pasti setahu saya yang saya ingat skrg hnya cakap perkataan "lepaskan" sahaja dan lagi satu saya cuba ingat kembali sama ada waktu itu saya bercakap "aku tak nak lepaskan" atau "aku nak lepaskan" dan lagi satu pada waktu itu saya hanya nak luah perasaan yang dipendam selama ini itu niat saya akan tetapi saya agak ragu - ragu dan was was dalam pada masa yang sama niat saya sama ada saya nk ceraikan isteri saya atau tidak ataupun hanya lintasan dan bisikan sahaja.bila saya ingat balik saya jadi ragu - ragu adakah betul apa yang saya niatkan ataupun hanya lintasan dan bisikan dari syaitan sahaja dan setahu saya nak luah sahaja dan tkda niat pa ii untuk menceraikan isteri saya.dan pada waktu itu hanya saya berseorangan di dalam bilik tanpa ada siapa ii hanya saya sahaja . mohon penjelasan daripada cik terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan:

Tuan tidak mengungkapkan perkataan yang jelas menunjukkan kepada perceraian seperti "aku ceraikan kamu" dan seumpamanya. Lafaz yang tuan sangka ucapkan adalah "lepaskan" dan ia merupakan suatu lafaz kinayah yang memerlukan kepada niat. Dalam isu ini, tuan juga tidak berniat untuk melakukan perceraian dengan lafaz tersebut. Tambahan pula tuan tidak pasti lafaz apa yang diucapkan. Oleh itu, kami melihat bahawa situasi ini tidak menyebabkan jatuh talak. Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Syariah terdekat untuk mendapatkan kepastian 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 94

message user image