BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan,

Baru-baru ni saya ada tengok descriptions 1 products rambut macam sikat, tapi dekat situ dia tulis, bristles with boar technology, maksudnya product tu guna bulu babi ke untuk buat sikat?

 

Kemudian, saya pergi saloon untuk blow rambut, saya tengok pekerja guna sikat warna hitam di mana saya was-was adakalah sikat itu juga diperbuat daripada bulu babi? Perlu ke saya sertu rambut saya? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara asasnya hukum terbina dengan sesuatu perkara yang berlaku secara yakin. Semata-mata dengan perasaan syak, sangkaan atau was-was tidak boleh dijadikan bukti bahawa sikat tersebut diperbuat daripada bulu babi. Rambut puan tidak perlu disertu semata-mata dengan was-was tersebut. Hanya sekiranya diyakini sememangnya sikat yang digunakan itu diperbuat daripada bulu babi, maka rambut puan wajib disertu. Kaedah Fikah ada menyatakan bahawa;

 اليقين لا يزول  بالشك

Maksudnya: Sesuatu yang yakin tidak akan hilang hanya dengan syak.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 44

message user image